Misteri Tentang Cinta
Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih ..
Tiada salahnya menyintai seseorang, kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang. Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba2 cinta itu memilih untuk pergi tiada siapa yang harus dipersalahkan .. relakanlah cinta itu pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. dan kita akan menyedari bila masa berganti . Ingatlah jangan terlalu memilih cinta ..kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa.
Jadi bersyukurlah kerana cinta pernah singgah di hati kamu. Bagaimana kamu mengurus cinta bergitulah kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan yang mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.