Andainya Kau Tahu
Ku tahu kau suka kanku
Ku tahu kau sayangiku
Ku juga tahu kau cintakan ku…
Kenapa tiba-tiba
Terlalu cepat…
Awalnya kita hanya teman bicara
Kau dan aku bercerita Cerita tentang diri masing-masing Tiada rahsia tiada sengketa.. Aku gembira mengenalimu.. Kau begitu baik melayaniku.. Begitu menjaga perasaanku.. Cuba memahami diriku Dan paling penting terima diriku seadanya…
Tapi…. Mungkin kau lupa atau buat-buat lupa Aku kan punya teman istimewa… Dan kau tau betapa dalam aku menyayanginya… Satu hari kami bergaduh dan kau tau puncanya Akhirnya kau jauhkan diri dariku.. Demi tak mau melihatku bersedih… Aku tak mampu berbuat apa-apa.. Itu kehendakmu…
Namun…
Kau kembali dalam hidupku… Mengisi kekosongan yang baru bermula… Cuba menggantikan tempatnya yg sudah tiada.. Dan aku.. Menerima kehadiranmu seperti sedia kala.. Aku tau kau berusaha buatku ceria.. Kerana katamu akan hilang serinya di wajahku Bila ku berduka..
Aku terharu..
Aku tersenyum.. Aku tertawa… Kita bergurau senda… Kau berasa lega… Tapi… Yang sebenarnya… Aku berusaha sembunyikan kesedihan itu darimu… Aku tak mahu kau tau yang aku masih bersedih Atas kejadian lalu… Kau tak tau yang hati ini masih terasa Kau tak tau yang hati ini masih luka Hakikatnya jiwaku kosong… Kosong!!!
Andainya kau tau…
Maafkan aku… Aku sebenarnya tak pasti dengan perasaanku.. Aku masih keliru.. Aku tau kau begitu mengharapkan ku… Membalas kasih sayang dan cintamu…
Ah!!! Bagaimana? Sedangkan dalam hatiku masih tertulis namanya.. Sukar untukku kikis… Mungkin ku perlu waktu… Kau pernah bertanya siapa dirimu di hatiku… Dan aku begitu payahnya memberikan jawapan… Percayalah… Aku tahu aku perlukanmu… Namun hati ini masih belum dapat menerima sepenuhnya… Akan kucuba… Kerna ku tahu niat suci murni mu itu… Andai ada jodohnya kita pasti tak kemana… Cuma… kau harus bersabar Dan terus melayani kerenahku… Tapi satu yang ku pinta janganlah terlalu mendesak.. Biarlah rasa sayang dan cinta yang datang ini bukan paksaan.. Moga-moga kebahagiaan itu menanti kita di hari esok.
Comments(1)