Andainya Kau Tahu

Ku tahu kau suka kanku

Ku tahu kau sayangiku

Ku juga tahu kau cintakan ku…

Kenapa tiba-tiba

Terlalu cepat…

Awalnya kita hanya teman bicara

Kau dan aku bercerita

Cerita tentang diri masing-masing

Tiada rahsia tiada sengketa..

Aku gembira mengenalimu..

Kau begitu baik melayaniku..

Begitu menjaga perasaanku..

Cuba memahami diriku

Dan paling penting terima diriku seadanya…

Tapi….

Mungkin kau lupa atau buat-buat lupa

Aku kan punya teman istimewa…

Dan kau tau betapa dalam aku menyayanginya…

Satu hari kami bergaduh dan kau tau puncanya

Akhirnya kau jauhkan diri dariku..

Demi tak mau melihatku bersedih…

Aku tak mampu berbuat apa-apa..

Itu kehendakmu…

Namun…

Kau kembali dalam hidupku…

Mengisi kekosongan yang baru bermula…

Cuba menggantikan tempatnya yg sudah tiada..

Dan aku..

Menerima kehadiranmu seperti sedia kala..

Aku tau kau berusaha buatku ceria..

Kerana katamu akan hilang serinya di wajahku

Bila ku berduka..

Aku terharu..

Aku tersenyum..

Aku tertawa…

Kita bergurau senda…

Kau berasa lega…

Tapi…

Yang sebenarnya…

Aku berusaha sembunyikan kesedihan itu darimu…

Aku tak mahu kau tau yang aku masih bersedih

Atas kejadian lalu…

Kau tak tau yang hati ini masih terasa

Kau tak tau yang hati ini masih luka

Hakikatnya jiwaku kosong…

Kosong!!!

Andainya kau tau…

Maafkan aku…

Aku sebenarnya tak pasti dengan perasaanku..

Aku masih keliru..

Aku tau kau begitu mengharapkan ku…

Membalas kasih sayang dan cintamu…

Ah!!! Bagaimana?

Sedangkan dalam hatiku masih tertulis namanya..

Sukar untukku kikis…

Mungkin ku perlu waktu…

Kau pernah bertanya siapa dirimu di hatiku…

Dan aku begitu payahnya memberikan jawapan…

Percayalah…

Aku tahu aku perlukanmu…

Namun hati ini masih belum dapat menerima sepenuhnya…

Akan kucuba…

Kerna ku tahu niat suci murni mu itu…

Andai ada jodohnya kita pasti tak kemana…

Cuma… kau harus bersabar

Dan terus melayani kerenahku…

Tapi satu yang ku pinta janganlah terlalu mendesak..

Biarlah rasa sayang dan cinta yang datang ini bukan paksaan..

Moga-moga kebahagiaan itu menanti kita di hari esok.



1 Comment so far

  1.   crower on July 19th, 2008

    sampai bila nak bersabar?…kekadang yang baik didepan mata kitak perasan…tapi kita masih menginginkan sesuatu yg dulu walaupun kita tahu dia mengecewakan kita…jika baik yg skrg teruskan..teruskan kerana disinilah petunjuk yg selalu salah kita pilih..sekiranya dia baik kita terima buat apa nak ingatkn yg mengecewakan kita,ala!!! itu cinta pndg pertama..sekiranya yg baik dtg kita tolak ini mungkin bermaksud kita menanti

Leave a Reply