Mainan masa kecik2… Zaman kanak-kanak (part 1)

Kadang-kadang rasa rindu kepada zaman kanak-kanak. Sebab masa tu bermain bersama kawan-kawan tanpa perlu fikir apa-apa. Pergi sekolah yang best sebab selain belajar boleh jugak bermain dengan kawan-kawan. Macam- macam yang boleh di mainkan pada waktu rehat atau sebelum balik sekolah. Jom kita tengok permainan apa yang selalu dimainkan…. Seronok wooo!

Sep Tiang > Tak taula apsal panggil sep tiang. Sep tu mana datangnya pon tataula kan . Tapi main ni adalah layan ok. Especially sebelum masuk kelas or masa waktu rehat. Dia paling best ada 4 tiang, ala yang dekat koridor tu la. Lepas tu kene ada 4 orang jaga tiang tu, sorang jadi monyet. Nantikan.. kan .. kan yang empat orang tu akan tukar-tukar tiang lepas tu yang tengah tu tryla rebut tiang yang mana-mana. Macam bingailakan tapi layan okkkkkkkkk. Siapa yang tak main tak stylola. Haha.

Orang Miskin Orang Kaya > Yang ni kene main reramai ok. Lagi ramai lagi best. Permainan ini macam ada pengajaran macamkan mula-mula sorang ni jadi miskin lama-lama dia jadi kaya. Eh, macam tak releven pulak. Tapi takpe, ok..Main dia macam ni, mula-mula nanti ada sorang jadi orang miskin dan ada lagi satu group yang ramai jadi orang kaya. Lepas tu budak miskin ni nyanyila "saya orang miskin..orang miskin..bla..bla" lepas tu orang-orang kaya ni dengan sombongnya nyanyila pulak "saya orang kaya..orang kaya bla..bla" lepas tu orang miskin ni mintak satu kawan orang kaya. Go..on..on and on sampai orang miskin jadi orang kayaaaaaaaaa..Moral, sape banyak kawan dia kaya. Eh macam tipu je tapi takpe. Abaikan. Yang paling best sambil main boleh sengih-sengih dekat bofren yang tengah berpura-pura makan dekat pokok yang berhampiran, Hehe

Batu Semban > Ada lima / tujuh kot kalau tak silap. Selalu pow nenek kain perca sebab adalah hendak membuat batu semban. Siapa yang stylo batu semban bentuk tigasegi sape tak reti jait buat jela bentuk segiempat.Lepas tu isi beras atau kacang hijau. Layan ok main ni, masa nila nak tunjuk skill especially bila part last- last yang nak sampai one game or two game. Budak-budak lelaki pon main ni, jangan tatau ada yang terrer dari pompuan. Ada sorang budak laki ni agak lembut-lembut jugak. Jambu ok die ni, tererrrrr main nihhhh, kalau dia main aku rasa macam malas nak main sebab die je menang tapi skrang dia adalah telah menjadi dokter. Peringatan: siapa nak jadi dokter sila main batu semban dari skarang.

Zero Point > Main getah yang sangat best.Mula-mula start dari part yang tak tinggi makin tinggi level getah tu makin tinggi dimana sebagai seorang yang pendek, saya adalah memfail dengan cemerlang sekali tapii haaa, adalah boleh buat aksi gimnastik bila sampai part tinggi. Part yang mencabar adalah part ‘gila’. Ouiih, kalau tinggal sorang and orang lain mati boleh pening ok main gila ni. Lepas habis tu komfem peninggg. Lagi satu ayus. Hoih. Sakit gila kene libas dengan getah. Nak nak yang ayus tu perempuan gila. Muka siap berkerut-kerut sebab nak ayus kuat-kuat. Gila keji.

Baling Selipar > Ni selalu main dengan budak lelaki. Diorang ni jahat ok, suka nak baling kuat-kuat. Siapa pakai selipar tat seng siapla. Habis berbirat badan. Budak-budak ni sukala nak membelasah orang. Masa dah baling tu menggulupur nak susun selipar betul-betul. Sape yang ko-ol mungkin berjaya kalau siapa yang menggulupur seperti diriku ini adalah fail. Yang ni pon dah form 5 pun boleh main jugakkkkkkkkk. Best okkkkkkk.

continue…



No Comment

Leave a Reply