Mainan masa kecik2… Zaman kanak-kanak (part 2)
Tutup Botol / Ceper > Masa dulu air gas semua dalam botol, takde yang dalam bekas plastic. So kejenye kumpul penutup botol and main jentik-jentik. Tapi bukan sebarang jentik ok, kene ada susunan dia la. Tak ingatla susunan dia tapi yang paling ingat bentuk jamban. Rupa dia adalah sekeji nama dia ok. Susah gila nak lepas stage ni, kene lompat-lompatkan penutup tu. Terrer juga, cuma kalau main dengan budak-budak lelaki yang hustler habislah aku. Hehehe.
Bola Kertas > Main bola pakai kertas, padang die pon kertas, pemain die pon kertas. Semua kertaslah! Pemain die kene potong empat segi tapi lipat dua. Kalau nak power jangan guna kertas lembik, kene guna kertas keras. Pompuan jarang nak main tapi aku main je. Walaupun tak tau siapa nama pemain-pemain tapi layankan aje. Dulu selalu main dengan bofren dan kawan-kawan bofren. Kecoh gila masa main ni sebab ehe.. aku emo.
Nama, Negeri, Buah, Binatang > Haaa, yang ni agak educational. Semua kene ada kertas dan pensel. Selalunya main ni masa dah siap buat latihan dalam kelas. So cepat-sepat siapkan latihan, kalau tak pon tiru jela sebab nak main. So nanti bahagikan kertas tu kepada beberapa bahagian dan garaiskan atas tiap-tiap column tu tulisla nama, negeri, buah, binatang and tahaper-haper lagi. So nanti sorang akan pilih sau hurup. Katakanla "H" so semua kene fikir nama start dari H, binatang dari H and so onlah. Last last sekali compare. Siapa yang bagi jawapan sama kene share makah, siapa yang tak sama dapat 100. Last-last kireeeeee siapa makah paling tinggi dialah menang. Haha [aku gelak sebab aku selalu menang, hihi]. Yang ni campur India, cina, mlayu, lelaki, pompuan seme boleh mainnnn.
Pepsi Cola > Ni keji. Sangat keji. Main pijak kasut orang. Mula-mula nyanyila pepsi cola..bla..bla..tak ingatla ape tah.Last-last sekali jaga-jaga sape lembap habisla kasut dia kene pijak. Kalau main sebelum kelas start habislaaaaaaaaaa kasut komfem hitam lepas tu kene marah dengan cikgu. Chics adalah jarang main sebab dia lembap dan prefek. Yela, prefek kene jaga imej okkkkkkkkkkk. Mana boleh kasut hitam tak GKla mcam ni prefek kasut hitam. Adik Chics selalu main ni akibatnya satu hari dia telah dimarah oleh cikgu lukisan iaitu Cikgu Gladys "You look like you just came out from the dustbin". Cis, menjatuhkan reputasi aku sebagai pelajar contoh. Hohoh.
Pencurik dan Pemukul > Ini best jugak, main masa dalam kelas jugak tapi paling banyak 5 atau 6 orang je. Yang extra tu kene take turn. So mula-mula koyak kertas kecik-kecik dalam 5 atau 6 keping bergantung kepada jumlah pemain and tulis wata-watak dalam kertas tu macam hakim, surirumah, pencurik, saksi, pemukul, polis and ape tah lagi. Lepas tu kocok [wtfla?] and semua amik sekeping sorang ketas and tengok dapat watak apa. Nanti suri rumah tu buat pengaduan " Saya telah dirompak, barang kemas saya telah hilang. Tolonglah saya encik polis" lepas tu dia kene teke siapa yang curik iaitu siapa yang dapat ketas tulis pencurikla. Kalau salah teke, hakim akan jatuhkan hukuman. Kalau dapat teka pencurik tu akan dihukum. Part hukum ni best, espesyelli kepada pemukulla sebab dia yang jadi tukang pukul. Hakim nanti bagitau brape panas brape sejuk. Contoh "5 panas 4 sejuk". Soooooo, pemukul akan pukul kaw-kaw orang yang kene pukul tu lima kali dengan pembaris 5 kali and pukul pelan pelan 4 kali. Kalau ade tak suke budak, siapla ko kene sebat dengan pembaris. Haha, kecik-kecik dah belajar mendera.Best best!
Patung Kertas > Yang ni paling layannnn. Patung tu kan, kalau tak pakaikan baju dia pakai bra dengan panty je.Lepas tu boleh pakaikan dia baju macam-macam ikut tempatla. Adabaju keje baju mandi. Memang cantik. Lepas tu kan, nak beli die kene beli dekat bai roti. Hohoh. Tapi rasa macam dah takde je bende tu. Kira ni lah permainan sebelum patung ‘barbie’ tu keluar.
Banyak gak permainannya kan?? Tapi tak tau lah skrg ni masih lagi di mainkan oleh budak-budak sekarang.. maklumlah dan ada komputer dan Play station (teknologi terkini) ikut peredaran zaman. Permainan jenis indoor game. Tinggal pun di Bandar yang sibuk.. jadi main dalam rumah sajalah. Bukan macam dulu –dulu. Anak-anak jalan kemana pun parents tak lah risau sgt cam skrg ni.