TIADA LAGI SEMALAM
Semalam kita berkenalan
Menyulam kata mendalami perasaan..
Aku gembira, aku bahagia…
Hadirmu tepat di saat ku memerlukan…
Belaian mesramu masihku terasa…
Membawa kita jauh dalam khayalan…
Kau dan aku bagai satu tak mahu dipisahkan..
Sungguh indah waktu itu..
Hari ini kau tiada…
Tinggalkan aku sendiri..
Aku terkejut…
Aku keliru…
Aku bingung…
Aku berdukacita..
Pergimu secara tiba-tiba
Aku tak menyangka…
Kau berduka lara…dengan keputusanmu sendiri..
Katamu aku kau sayangi..
Katamu aku yg terbaik…
Aku terharu..
Aku menahan pilu…
Aku tak tahan mendengar tangismu
Dan bersatu dengan tangisku…
Benarkah apa yg ku dengar…
Kau tak mahu aku merana…
Hidup denganmu yang bakal sengsara.
Mengapa??
Mengapa ini terjadi
Di saat kita saling memerlukan..
Aku sayang dan cintakan Mu…
Aku tak peduli itu..
Ajal dan maut itu di tangan tuhan..
Dan aku redha..
Tapi kau… kau tak mahu..
Katamu kau tak sanggup.
Kau pinta ku mencari penggantimu..
Mengalir air mataku..
Kau tahu…
Jiwaku terasa kosong kini…
Sungguh aku tak dapat mengusir bayangmu…
Sungguh aku tak dapat mengusir kata2 mu di corong telingaku…
Bagaimana dapat ku usir… namamu sudah penuh di segenap ruang hatiku…
Suara hatimu sentiasa berlagu di pendengaranku…
Harapanku tinggi tapi tak bermakna lagi…
Kan ku kuburkan ia nanti..
Aku terpaksa terima semua suratan yang telah di tentukan olehNYA Begitu juga kau…
Kini haluan kita mula berbeza…
Kau hidup dalam duniamu
Dan aku dalam duniaku…
Meskipun hati kita masih bersatu..
Kan ku kenang segala memori kita bersama…Sepanjang hayatku..
Kan ku kalungkan doa untukmu semoga kau kuat menempuh dugaan dariNYA.
Ketahuilah…aku tetap menyayangi dan mencintaimu..biarpun tak dapat memiliki..
Tak kan ada yang sama seperti mu kerana bagiku kau lah yang terbaik Untukku…
ni siapa pulak????