HAKIKAT PERNIKAHAN

DAH SAMPAI SERU?

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?

cuba

kita lihat…dan manakah pilihan kita???

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH

YANG MANA SATU PILIHAN KAMU ???

X Bererti…

x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

bersangka baiklah dgn Allah
bersangka baiklah dgn mereka
terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,
x boleh expect org nak go after us each time,
sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..
soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji…
sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata

mmg susah nak meluahkan sesuatu
terutama pada mereka yg kita tidak percaya
tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya

hidup manusia terlalu complicated
bagi mereka yg menganggap hidup ini
complicated dan hidup ini mudah
bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

manusia itu bersifat ikhtiariah…
boleh memilih apa yg dia
mahu sbb dia ada akal

andai kita pilih utk hidup dgn mudah
maka kita akan dpt hidup dgn mudah
andai kita pilih utk hidup susah
maka kita akan dpt utk hidup susah

andai kita pilih utk hidup sbg pejuang
maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang

Allah sayangkan kita
Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah
hanya mereka yg berakal akan menggunakannya
dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.
ukhuwwah fillah

abadan

abada’…
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya
sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berlalu begitu saja…
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon…
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi… Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan… Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika sega la sesuatu berja lan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur…
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap…
Allah SWT TAHU ……. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk
kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah
ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membu at yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada
mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah
yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang ak an menangis.

Never love a love that hurts……..

never hurt a love that loves !!!

MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada  Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya  1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara  anaknya yang  sakit,
maka Allah memberinya pahala seperti  memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan  orang yang
takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari  pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti    bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang

lima

waktu, puasa  bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang                               soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,  "Suaminya. "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang  ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi                          s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau  tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa    lemah. Wanitalah sebenarnya yang  membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu
sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih                                  rendah.

Misteri Tentang Cinta

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih ..

Tiada salahnya menyintai seseorang, kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang. Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba2 cinta itu memilih untuk pergi tiada siapa yang harus dipersalahkan .. relakanlah cinta itu pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. dan kita akan menyedari bila masa berganti . Ingatlah jangan terlalu memilih cinta ..kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa.

Jadi bersyukurlah kerana cinta pernah singgah di hati kamu. Bagaimana kamu mengurus cinta bergitulah kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan yang mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

« Previous Page